CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 26, 2008

:"kuatkanlah ia":

jam2.30 pagi

[diary falah]

huuh!!tidak!!mengapa susah utkku melelapkan mata..??
mungkin kerana hatiku yg maseh diselubungi dosa2..
tpi,
ya ALLAh kau berikan kekuatan utk diri ini mengaharungi
hari-hari dalam hidupku..
detik berlalu detik..
masa bergerak tanpa mengenal erti henti..
tpi,aku maseh disini,
tanpa sebarang perubahan..
aku mahu yg baru!!yg hebat utk driku..
ahh..sedaya upaya aku berusaha utk melelapkan mata ini..
namun,ianya tidak mendatangkan sebarang hasil..
hati ini meronta utk dilepaskan..
namun,aku tidak boleh melepaskan ianya..
kerna jiwa ku tersngat kosong..
adakah kerna cuti yg lama menyebabkan aku begini..??
belom pernah aku merasakan begini..
ingin sahaja aku menjerit melepaskan tekanan yg dihadapi..
tpi,tidak mungkin itu berlaku...
uhh..aku mengagahkan diri utk bgun malam ini..
aku mengintai sebentar di ruang tamu rumah...
ahhh..gelap sahaja penglihatanku..
semua sudah masuk tidur mungkin..
tpi,aku disini..
masih belum mudah utk melelapkan mata..
aku menjeguk semua ahli keluargaku..
semuanya nyeyak dibuai mimpi indah..
jam sudah menunjukkan 3 pagi..
aku maseh belom terlena..
ya ALLAH..
adakah ini dugaan utk hambamu..
kalo ini dugaan mu..
kau lepaskanlah ia..
aku sudah tidak berupaya bangkit lagi..
namun,jika aku tidak bangkit..
aku akan "MATI"..
semuanya akan "MATI"..
hati,akal,semuanya memberi kesan yg mendalam kepada diriku..
aku bangkit dan bergegas ke bilik mandi utk mengambil wdhu..
mungkin ini ubatnya utk diriku..
hampir aku terlupa yg allah itu ada dan dia maha melihat..
mana tidaknya,ketika di buntu persaan gelisah..
semua disekeliling tidak dihiraukan..
namun,ini mungkin pengubatnya..
aku lantas menunaikan solat taubat utk diri ini..
aku menyerahkan dan pasrahkan diri ini hanya kepada
ENGKAU..
aku cuba memberi fokus dan ruang utk hatiku berbicara sendirian..
hanya aku dan allah yg mengetahui..
uhhh..
sudah terpadam gelisah yg mendatang ini..
aku berjaya membangkitkan kekuatanku..
alhamdulillah...
akhirnya,mataku,hatiku..
semuanya terpejam dalam erti kata yg sebenar..
dan..
ya ALLAH..
:"izinkan mimpi terindahku hanya untukkumu":
-jam4.00-
:diary falah:

Friday, December 12, 2008

kali terakhir"


uhh!!pengalaman setahun..
tika di awang persekolahan bersama teman2 jauzy!!
tidak terkata hibanya perasaan aku bila melihat kembali gamba nie..
Suka,senang,susah,matang,x matang,gadoh dan bermacam lagi..-semuanya terhimpun dalam satu tahun yg penuh mencabar...akhirnya ini detik KALI TERAKHIR"..
ntah, blom pasti aku skolah disini utk taun depan atau mungkin inilah DETIK TERAKHIR"...
papepon..kalau diizinkan kita jumpa lagi utk taon depan yg lebih mencabar..chayok!!hehe..
wallahua`alam,next step jum!

Wednesday, December 10, 2008

"mana mungkin??"

bersuara atau tidak bersuara?manakah yg lebih baik?
Lailahaillah, kan kalau tak bersuara mana mungkin sesuatu
dapat disampaikan,apa lagi utk difahami.
isk!betulke?

Adakalanya bila bersuara sesuatu perkara,tetap tidak difahami,
malah menambahkan lagi kekeliruan.Jadi,bersuara atau tidak??
berbicara atau tidak?
Erm,yerlah cube untuk mendiamkan diri dan tidak bersuara..
Mungkinkah si ibu dapat mengetahui anaknya
dahagakan susu?
pasti tidak kan?

Tapi,diam itu merupakan atau tanda kepada keredhaan.
itu menunjukkan diam itu mampu memberi jawapan.

"Erm,keliru betul bersuara atau tidak"?

Hah!!tahu dah!jawapannya menulis!menulis mungkin menjadi ejen PENYAMPAI"
tpi mngkinkah.......!

got sumthin..??mungkinkah..??

Thursday, November 27, 2008

tentang "AKU" dan "DIA"

begitu jauhnya kita
dijarakkan oleh beberapa zaman
dibezakan dengan jutaan perbandingan
dijauhkan oleh pelbagai dugaan
tetapi Alhamdulillah
dipertemukan melalui Al-Quran
dikenalkan dengan sunnah
dieratkan dengan pelbagai-bagai hadith
yang membuatkan aku tidak pernah sunyi
tidak pernah sepi
dan tidak mungkin dapat lari
dari mengenali dan mendalami mu.


kadangkala aku sedih
kenapa aku disini?
alangkah indahnya hidup di sini.
habis,kenapa perlu sedih?
ya aku sedih kerana aku bimbang sekali
apakah di akhir nanti hidup ku akan seindah ini?
atau mungkinkah hidupku ini terasa indah kerana aku belum berjuang?

aku dengar katanya kalau kita memperjuangkan agama
pastinya tiada yang mudah
adakah aku berjuang?


alangkah jauhnya hidup aku dan dia
hidupku juga di zaman jahiliah seperti zamannya
bezanya aku dengannya adalah
aku penuh karat-karat jahil di akalku
dia penuh buah-buah ilham dakwah di akalnya


Dia Rasulullah
terlalu jauh dibandingkan dengan diriku yang hina ini
alangkah indahnya jika dapatku lihat dirinya
alangkah megahnya islam bersama-samanya
alangkah rendah diri ini disisinya
lebih rendah lagi aku rasa disisi yang Maha Pencipta
kerana kegagalan ku membawa perjuangan idolaku
Muhammad Rasulullah..

........................
berilah harapan untukku..tpi mungkinkah?...........!

Wednesday, November 12, 2008

"edisi ke 20..:coretan si ISTERI"


"Abang,minta izin untuk nikah seorang lagi,"


Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika.Mungkin terkedu.Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian berganjak.


Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV,setelah TV juga dipasang.Tapi, ahh bukanlah.TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?Dia menghela nafas panjang.Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin,kemudian tersenyum..


Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur.Langkahnya diatur tenang.Segelas air sejuk diteguk perlahan.


Kemudian dia ke bilik Balqis,Sumayyah,Fatimah.Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.Kini, anak-anak kian berganjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.


Penghabisnya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membantu diri. Dia amat mengenali istrinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia,Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiusahaan di pejabatnya benar-benar membuatkan dia lemah.


"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif , teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.


"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memipin Qis," masih tergiang-giang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panasnya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama istri dan anak-anak.


Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran bumi kenyalang benar-benar menjerat hatinya.


"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita itu, "lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.


"Bawa dia kesini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?' pelik benar permintaan isterinya, hendak dipengapakan buah hatinya itu?namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.


Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur.Terlalu bersyukur.Kalaulah isterinya wanita lain, alamatnya perang dunia meletuslah jawabnya.Melayanglah periuk belanga.Ehh,itu zaman dulu-ulu.Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan acid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyum daripada Aliyah.


"Apa, nak suruh Qis jumpa denagn isteri abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau." Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.


"Biar betul, apa dia nak bwat ngan Qis?"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!' terkejut Asraf Mukmin.


"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya.abang dah lama hidup dengannya. abang faham,"


Qistina mengalihkan pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.


Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.


Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia meminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.


Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama.

Membaca Al-Qur`an secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memundarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak imam Kampung Seputih. Asraf

Mukmin yang asyik berzanji. Menitiskan air matanya.



Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tidak kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.


bret bret....sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.



**********************************

Kepada:


Asraf Mukmin,


Suami yang tersayang...


Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz A4 itu dibuka perlahan-lahan.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi MAha Pengasih,


salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi,


Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukan penilaian Aliyah.


1.Dengan ukuran baju ala-ala model, ia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi abang nak menggalas dosa orang lain. Aliyah sayangkan abang...

2.Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluaga singgah di sebuah restoran western food, abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang..

3.Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi imam. Yelah, nanti dia akan jadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung...Aliyah sayangkan abang..

Abang yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahami. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat abang di Masjid Putra mengiyakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sarawak menunggu abang...Aliyah sayangkan abang..

Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adlah isteri yang hebat untuk abang...tolonglah bukakan pintu bilik ini. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai...air tangan Aliyah.
Salam sayang.

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya.Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehabat Aliyah
isterinya!!!!!


***************
P/s:hmm cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa..-coretan dimasa tua..hehe...walahualam

"leraikannya..."


"Ya Allah,

kami mengadu kepadaMu....

kami mengadu kepadaMu....

kami mengadu kepadaMu....

kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kami

dan kurangya helah kami.

demikianlah kami dihadapan manusia.

Engkaulah tuhan kepada orang-orang yg lemah

dan Engkaulah tuhan kami.

kepada siapa Engkau tinggalakan kami.

adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami..??

atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami..??



Ya Allah,

kami mengadu kepadaMu,

kau kuatkan kami ya Allah,

darah-darah yang tertumpah,

maruah yang ternoda,

kehormatan yang diperkosa,

kanak-kanak yang diyatimkan,

wanita-wanita dijandakan,

tanaman-tanaman yg dirosakkan.



Ya Allah,

kami mengadu kepadaMu,

beseleraknya kesatuan kami,

berpecahnya perpaduan kami,

berbagai-bagai haluan kami,

terkebelakangnya kami.



Kami mengadu kepadaMu,

betapa lemahnya kaum kami,

betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami,

dan betapa berjayanya musuh-musuh kami....."
Ya Allah,
engkau kembalikan kembali generasi kami,
bangkitkan kembali semangat PEMUDA,
semangat yang tak pernah padam,
dan jua hati yg berhati singa,
seperti..abu bakar,umar,dan para sahabat yang lain,
Ya Allah...
bantulah kami.."

Monday, November 10, 2008

bersujud padanya..??mungkinkah...

enti...

bkan ana tidak mahu memandang wajah enti,
ttpi diri ini berdoa agar wajahmu menghiasi hari2 itu,
hari2 yg pasti..


bkn ana tidak mahu mengukir senyuman ini pada enti,
ttpi ana selalu tersenyum di dalam hati,
agar senyuman ini 'berharga' di hari yg dinantikan,


bkn ana tidak mahu bertanyakan khabar enti,
ttpi ana sentiasa mendoakan satu hari nnti,
ana tidak mahu bertanyakannya bahkan ana hanya mahu merasainya..
di hari2 yg pasti..


bkn ana tidak mahu bercakap dgn enti,
tapi ana mahu habiskan bicara2 ana,
tika mana ana dan enti bkn lagi 'ana' dan 'enti'
di hari2 yg pasti..


bkan ana tidak mahu chatting dgn enti,
tpi ana takut ana menangung dosa besar sbb hanya perkara kecil,
ana hanya mahu menyentuh enti..
di hari2 yg pasti..


bukan ana tidak mahu mesej dgn enti,

tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti,

tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yg dinikmati di waktu ini,


bukan ana tidak ingin memandang wajah enti,

tp,ana bimbang wajah ini tidak akan lg memberikan senyuman di setiap pagi,

di hari2 yg pasti...


bukan ana tidak ingin memandang senyuman enti,

tp ana bimbang senyuman ini pudar dan layu,

di hari2 yang pasti..


bukan ana tidak ingin membelikan hadiah untuk harijadi enti,

tp bimbang ana hadiah itu adalah terakhir dari ana untuk enti..

tidak lagi ,
dihari2 yang pasti..

...............................

enti yakinlah,

percayalah...


bukan ana tidak ingin mengatakan rindu pada enti,

tetapi rindu tika ini tidak akan membawa kepada rindu ana pada ilahi..

kerana ia bukan hari2 yang pasti...

bukan ana tidak ingin mengatakan mencintai enti,

tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta ana pada ilahi,
kerana ia bukan hari2 yang pasti..


kerana ia bukan dihari2 yang pasti,

ana tidak mahu agar hati ana dan enti mati..
lalu mematikan hubungan ana atau enti dengan ILAHI..

enti,intailah sebentar hari2 yang pasti..tika itu,andai ana jatuh enti menghulurkan tgn untuk memberi ana harapan,tika ana kesedihan enti bersedia untuk tersenyum disisi dn menggembirakan,tika ana berseorangan entilah teman,tika ana kelalaian entilah yang mengingatkan..tika itu,ana dan enti..
bukan lah 'ana dan enti 'lagi...
kerana..

ia adalah hari2 yang pasti..
berdoalah untuk hari2 yang pasti,

hari2 yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran..
dan itulah jalan yang telah islam berikan...

-selamat malam enti-

moga kita dipermukan nanti,dihari2 yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti..

------------------------------------------------
pasti!..yakinlah..Allah sangt2 baik !..moga kita semua dibukakan pintu hati..
untuk anta2 dan enti2 skalian..


Saturday, October 18, 2008


menjenguk ke "sEbUAh skETsA"...


"oiii..Wan hang tak bgun lagi ker..???terdengar ku satu suara lantang
memanggil namaku...'ohhh..anta ker Zam..ana bru bgun jer..anta??"ringkas Wan
menjawab..'weyh,ana dh lame dh bngun kol 5.00 tdi'beritahu Zamri..'lorr.asl tak kejut
ana..??"terhembus keluhan berat di bibir Wan..'waduih..soreyh seh..lupe lagi bro..dah2...
bgn,pi solat subuh.."

sper Wan..??sper Zamri..??

'coretan dua sahabat yg sudah lama berkawan dan sering mengharungi liku2 khidupan
bersama...'

http://www.twominded.blogspot.com/

~syukran di atas segalanya...

Thursday, October 16, 2008

mengejar cinta mu YA ALLAH..

mmm..insyaALLah di sini ana sebagai hambanya ingin berkongsi kepada antum semua sedikit cerita yg berkait rapat dgn ana atau lebih kurang ianya terkena kpd diri ini yg sering alpa dri mengigatimu...
sperti biasa susana di hira` ketika siang sudah hampir ke penghujungnya pelajar2 hira akan lebih byk masa mereka menghabiskan di musolla utk beriman sebentar...tidak kurangnya utk diriku..aku terus mengorak langkah menuju ke musolla sambil memerhatikan keadaan di sekelilingku..hurm...inilah hira` seperti yg dikatakan..[uhhh sedikit aku mengeluh..]lega rasenye memerhatikan di sekeliling ini terdapat berbagai ragam manusia di hira` yg di pengakhiran hari ini mereka bertasbih memuji allah,membaca ayat2 cinta dri kalam allah dan ader juga yg sedang bertaqarrub dgn allah..hmm..aku terus menuju ke soff hadapan sekali turut sekali berjemaah memuji tuhan sekelian alam...sayu rasenye hati ini bila mendengar laungan2 zikir memuji allah..ahhh...tiba2 air mata ini berjujuran jatuh ke bumi dgn tidak semena2..tidak dpt aku menahannya lagi...aku merasakan saat ini begitu indah dan aku merasakan allah sedang barada sgt hampir dgn ku..lantas terus aku menadah tgn memohon kpd Nya yg maha satu sebagai tanda kehinaan ku kpdnye...

selang beberapa minit...kedengaran suatu suara merdu mendayu2 melaungkan azan yakni menanda masuknya waktu maghrib..selesai habis menunaikan solat maghrib berjemaah dan mathurat pon habis dibace..lantas aku bngun dan terus menunaikan solat ba`diah maghrib..slpas aku habisnye solat ba`diah,di pendekkan cerita aku terleka dan terlupa utk membaca doa slpas solat..aku lebih rela bersembang dgn rakan sebelah ku..tiba2 seorang abg di sebelahku memanggilku.."falah sekejap..lantas aku terus menoleh dan berkata..kenape..??anta nak dengar satu ceita ak..??"aku berkata nak.."mmm..ada skali tu abg bce kat satu buku nie..die cerita memula ader seorang hamba allah nie sedang solat di masjid tetiba seorang pak cik dtg solat di sebelahnya...selesai hamba allah ini solat,die terus membelek hp nye..lantas bila pak cik tua di sebelahnya selesai mengerjakan solat ia lantas menadahkan tgnye kepada tuhan yg maha esa,tuhan sekelian alam..selesainya ia berdoa,lelaki tersebut bgn dari tempat duduknye utk pergi keluar dri masjid tersebut...

lantas pakcik tua tersebut memanggil anak muda itu.."nak sini jap..pemuda tersebut terkedu..ia menoleh dan berkta.."pak cik ke panggil saya.."??ye nak..wahai anak muda tdi lepas kamu habis selesai solat kamu wat aper..??mm..saye belek hp saya...knpe??uhh..tak der ape2 yg ingin diminta ke kepada yg maha esa..??kata pak cik tersebut..mm..pemuda itu terkedu di situ.."mm..tu jer laa yg abg nak citer kat anta..uhh yer ke..terima kasih..lantas terus aku terdiam seribu bahasa....hati ini benar2 terguris dek kerana teguran sebentar tdi..uhh..ASTAGAHFIRULLAH..

"terkedu aku dibuatnya.."di dlm hati ku aku berkata...ya allah kau ampunilah aku ya allah...seketika itu jua air mata ku jatuh ke bumi ini...hurm..YA ALLAH JGN KAU TUTUP PINTU RAHMATMU..

Thursday, October 9, 2008

MUjAhId DaKwAh...

kamus sejarah mencatat kisah
seorang pemuda mujahid dakwah
di tengah gelodak arus jahiliyah
mujahid dakwah membina thoifah
membimbing manusia menuju allah
membina asas sebuah ummah
langkahnya kemas penuh semangat
akhlaknya lembut sungguh memikat
menjulang tinggi panji-panji jihad
mahu mengubah hidup masyarakat
memberi tarbiyah juga nasihat
tidak kenal jemu dan penat
andai terdengar suara sumbang
penuh padat dgn tuduhan
usaha murni suci mulia
dianggap sebagai perosak agama
amalan sunnah dicaci difitnah
menjadi mainan bahahn persenda
amalan soleh tradisi anbiya`
terus hidup berkembang semula
satu persatu menjelma rintangan
mahu menyekat gerak perjuangan
namun semuanya tidak berkesan
berkat restu keizinan tuhan
tidakpun sedikit mejejaskan jiwanya
bahkan mujahid terus mara
mujahid dakwah jauh melangkah
merubah suasana dunia yg rosak
dgn pengalam jihad dan iman
menuju zaman yg lebih gemilang
zaman ummah kali kedua
itulah syarat rasul mulia
marilah kita junjung bersama
ISLAM PASTI AGUNG SEMULA!!!!!

Sunday, October 5, 2008

HARI LEBARAN MENJELMA....


alhamdulillah,di kesempatan ini sempat jua daku menulis sebaris kata utk diungkapkan kpd semua yg membaca blog ini..
seperti yg kita tahu,slps ramadhan berlalu kini tiba syawal menjelma lagi..kebiasaanya bila syawal dh hampi tiba maka ramailah manusia yg pergi membeli belah di shopping complex utk membeli baju raya,seluar raya,kasut raya dan macam-macam lagi psl raya...dan manusia jua di pengakhiran puasa ini sebok membeli lagsir baru perabot baru dan berbagai lagi peralatan yg baru hendak diletak dirumah sebagai persiapan menyambut hari raya...itulah ragam-ragam kebanyakkan manusia di akhir zaman ini...cube kita imbau sejarah 1429 hijrah yg lalu....iaitu di zaman para sahabat..mereka bertungkus-lumus mengejar malam2 pengakhiran di bln ramadhan ini dgn bertahajud di tgh malam dan menangisi segala dosa-dosa yg pernah mereka lakukan sebelum ini.Tetapi kita skrg lebih rela bermain mercun,meriam dan bunga api di waktu malam...apa sudah jadi!!!!marilah sama-sama kita fikirkan...
hurm...kita berbalik pada cerita diawal tadi,bila syawal menjelma ramai manusia blik ke kmpg utk berjumpa dgn ibu bapa mereka bermohon maaf di atas segala salah dan silap...ttpi bgi saya,saya masih berfikir mengapa ramai org bermohon maaf pada pagi HARI RAYA,sedangkan apa yg pernah saya dengar dari ceramah2 yg pernah diberikan oleh ustaz2,mereka berkata...
"di bulan ramadhan inilah kita hendak membersihkan diri dari
segala dosa dan noda...dan kita memohon kemaafan kpd semua
manusia agar kesilapan yg lalu terhapus"
tetapi mengapa kita jua sering meminta maaf di pagi raya..??inilah yg sedang menjadi persoalan di minda saya...ia bagaikan satu adat bagi penduduk rakyat di malaysia ini...!!! mengapa..??
p/s:kongsilah sedikit pandangan antum berkenaan apa yg saya lakarkan...

Monday, September 1, 2008

ahlan wa sahlan ya RAMADHAN...


assalamualaikum..

lama sudah diri ini tidak menulis di blog ini..kini terdetik di hati untuk menulis beberapa kalam yg boleh dikongsi kepada semua rakan-rakan serta sahabat handaiku..

wahai sahabtku sekalian,
tidakkah kita semua sedari bahawa sekarang ini di depan kita sudah terhidang satu bulan yg mana di dlm bulan ini penuh kenikmatan yg telah allah berikan kepada hamba-hambanya yg bertakwa iaitu bulan RAMADHAN..seperti yg kita tahu bahawa di zaman sahabat dahulu,mereka sangatlah menantikan bulan ini kerana didalamnya penuh dgn kerahmatan dari ilahi..diantara kelebihan nya ialah..

  • syaitan digari, dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya.
  • lailatulqadar(mlm yg lebih baik dari seribu bulan)
  • pahala amalan sunat digandakan sama seperti pahala amalan wajib
  • 10 awal-rahmat
  • 10 pertengahan-penganpunan
  • 10 akhir-dijauhkan dari api neraka..
dan berbagai lagi yg allah telah berikan pada bulan ini...jadi marilah kita bersama-sama memeriahkan bulan ini dengan mengisi segala amalan-amalan yg baik..rugilah bagi mereka yg mana selepas dari bulan ini diri mereka sama sahaja dan tiada perubahan kearah yg baik..kita jadikan bulan ini sebagai titik perubahan kita kearah menjadi insan yg benar-benar bertakwa..

"jangan biarakan diri kita tergolong dalam golongan mereka yg rugi"....

Friday, August 22, 2008

kenangan kURsuS kRs..

...hurm nielah wajah seorang 'ketua"...

"pergh...tuff gak dua org dak hira` nie...mcm rambo pon ader arr gak"...hahaha..

"pergH"...penat ker bro..???alahai bru skit????aper nie??....hehe..

"fuhhh....rajin nyer menggikat.."tuh yang menyebabkan khemah hira` antara y paling smart..."

heheh...pasang khemah tu lelok skit bang oi...kang roboh kang...hahaha..

.....fuhyyoo...rileks arr bro....haahaha..sedikit gelagat time kursus...

...hurm sebok nyer lah dua org abg nie memasang khemah hira`....


......aiiissshhyyy....

sedar tak sedar,
masa berlalu begitu pantas,
pejam celik pejam celik,
sudah kami berada dihari last...
kenanggan dirasai,
ukhuwah dirasai....

huh...panas betol lah hari ni"keluh ku di dlm hati"..tetapi nak wat camner tulah pengorbanan sebelom pergi ke kursus...hehe.."wei,falah esok dah nak pi kursus dah hang dah sedia ke blom dri segi fizikal & mental..."hurm..entahlah..sedikit aku menyapa soalannya sebentar tadi...

hari yg ditunggu telah tiba...kami bertolak ke setiawan lebih kurang jam 3.00 pagi dari hira`.....naik jer aku di bas teros aku mencari tempat duduk untk berehat di dlm bas,di dlm bas seorang rakan ku di sebelah menyapaku..wei.."anta dah sedia lom"..??aku diam seribu bahasa..byk bende yg bermain di fikiranku...akhirnya mataku terpejam jua dikala aku sedang berfikir..jam di tangan menunjukkan 7.00 pagi..akhirnya kami sampai jua di setiawan...aku bersama rakanku yg lain sebok menggangkat brg keluar dri bas..pagi itu kami sebok menyiapkan diri untk program kursus..

hari berlalu hari,masa berlau masa.....5 hari kami disana akan berakhir tidak lama lagi...aik???"aku berkata kpd salah seorang sahabatku..hurm cepat betol mase skrg"....kwn ku menyapa..biasalah dunia dah mkin dekat dgn kiamat....hurm...lantas terus aku tersentuh dgn jwpnyer.."ketika itu soalan yg bermain di fikiran ku ialah...sudah cukupkah amalku...hehe..jwp itu ada pada diri ku..."hurm...pengalaman dan juga suka duka ku disana sentiasa terpahat di hati ku yg kecil ini...ukhuwah yg terjalin antara kami sering tergiang di fikiranku...huhu..."aku rindu persahabatan kita..."moga sentiasa di naungi allah...hhhuuuuuuuuhhhh...."sedikit keluhanku.."

Friday, August 15, 2008

...pErSOaLan..??



uuuuhhh....pagi itu angin bertiup sepoi-sepoi bahasa,dedaunan jatuh berguguran ke tanah dan burung pula berkicaun di pagi yg hening itu...lantas itu aku terkfikir indahnya kejadian yg maha ESA..tetapi diri ini masih lagi dgn dosa yg bnyak membuat kemungkaran di bumi yg sedang aku berpijak ini...ya allah..kau bantulah hamba mu yg lemah dan hina ini ya allah...hanya padamu aku bermohon,aku merayu dan meminta tiada tuhan yg layak meminta selain hanya daripada enkau ya allah...kau lembutkanlah lisan ku ini,hatiku ini kerna hati ini sudah tandus dan kering daripada menggigatimu...semakin hari masa makin pantas berlalu dan umurku jua makin cepat meningkat dan pengakhiranku kepada kematian jua makin hampir tetapi diri ini sering alpa dari menggigatimu,mungkin aku terlalu leka dgn bende duniawi sampaikan terlupa dari menggigatimu ya allah.....dgn setulus keikhlaslan aku panjatkan doa ku ini kepadamu ya allah!!!!ya allah!!!...aku sombong ya allah,aku bongkak,egoku tinggi ya allah...hurm...ya allah inilah sedikit luahan dari jiwa dan hati ku yg kecil ini...dan inilah persoalan yg sering aku ajukan pada diriku dan sering aku bertanya pada diriku kenapa???kenapa???..."kenapa aku begini"..???...

Saturday, August 9, 2008

BERSYUKUR..??


hurm...sudahkah kita bersyukur hari ini?berapa kali kita bersyukur hari ini?apa yang kita syukuri?kepada siapa kita bersyukur?dan banyak lagi pertanyaan-pertanyaan lain di dalam hati mengenai syukur....
"Dan(ingatlah juga),tatkala tuhanmu memaklumkan: "sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (ni`mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni`mat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (ibrahim:7)hurm...inilah sedikit ayat qur`an yg telah allah katakan didalam kalamnya mengenai syukur...begitu besar pengertian syukur jika kita menghayati dan mendalimi mksd ayat qur`an tersebut..dan jika kita berkata ttg syukur semestinya semua org boleh menjawabnya ape pengertian syukur..tetapi adakah ramai yg boleh melakukannya..???"fikirkanlah wahai manusia.."allah telah memberi kita begitu byk nikmatnya yg tak terhingga utk kita...cuma tnggal kita sahaja yg mahu mensyukurinya...


.....jAdiLaH kiTa hAmBa yG sENtiAsa BerSYUkuR....