CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 26, 2009

Ayuh Bangkit!!

bismillah.

Jangan pergi duhai semangat.
temani aku di perjalanan,
kuatkan rasa tenaga ku.
pulihkan segalanya.
kuatkan rasa jihadku,
pecahkan tembok kedaifanku,
runtuhkan dinding rasibku.

tidak!!!
jangan!!!
jangan!!

jangan kau hilang di balik riang, tawa dan senyumanku,
nanti aku takut hatiku ini akan mati,
patahlah semangatku,
hilanglah arahku.

tidak!!
jangan!!!
jangan!!

ayuh!!!kembalilah bangkit!!
kembalikan semula semangatmu yang pernah berkobar2 satu mase dahulu,
bakarkan diri,
usah kau pedulikan kesulitan,
usah kau takut dengan kepayahan,
bukankah itu lumrah perjalanan.

kau harus bersatu dengan segumpal tabah,
kau harus bangkit bersama dengan bebenang kesabaran,
berkorbanlah..
kerana, aku tidak pernah mahu kepada kekalahan.
aku tidak pernah kenal apa itu kekalahan

aku tidak akan sujud, tersungkur ke bumi,
kerana aku tidak pernah diajar erti mengalah,
dan aku tidak sama sekali ingin mengenali erti kekalahan itu..

Namun..

apa masih ada lagi lenggoknya esok?
andai hari ini hilang sudah irama yang aku impikan,
hilang sudah melodi ciptaanku,
uhhh...
aku tidak pasti dan tidak mungkinkan pasti..

namun apa yang aku tau ialah..
this is the time!!

ayuh bangkit!!
tidak ku ulangi kesilapanku yang lalu.
ini janji aku!