CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 26, 2009

Ayuh Bangkit!!

bismillah.

Jangan pergi duhai semangat.
temani aku di perjalanan,
kuatkan rasa tenaga ku.
pulihkan segalanya.
kuatkan rasa jihadku,
pecahkan tembok kedaifanku,
runtuhkan dinding rasibku.

tidak!!!
jangan!!!
jangan!!

jangan kau hilang di balik riang, tawa dan senyumanku,
nanti aku takut hatiku ini akan mati,
patahlah semangatku,
hilanglah arahku.

tidak!!
jangan!!!
jangan!!

ayuh!!!kembalilah bangkit!!
kembalikan semula semangatmu yang pernah berkobar2 satu mase dahulu,
bakarkan diri,
usah kau pedulikan kesulitan,
usah kau takut dengan kepayahan,
bukankah itu lumrah perjalanan.

kau harus bersatu dengan segumpal tabah,
kau harus bangkit bersama dengan bebenang kesabaran,
berkorbanlah..
kerana, aku tidak pernah mahu kepada kekalahan.
aku tidak pernah kenal apa itu kekalahan

aku tidak akan sujud, tersungkur ke bumi,
kerana aku tidak pernah diajar erti mengalah,
dan aku tidak sama sekali ingin mengenali erti kekalahan itu..

Namun..

apa masih ada lagi lenggoknya esok?
andai hari ini hilang sudah irama yang aku impikan,
hilang sudah melodi ciptaanku,
uhhh...
aku tidak pasti dan tidak mungkinkan pasti..

namun apa yang aku tau ialah..
this is the time!!

ayuh bangkit!!
tidak ku ulangi kesilapanku yang lalu.
ini janji aku!

Monday, November 9, 2009

Dan bukanlah Islam itu Bersifat STATIS

"Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan
RasulNya,
maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya"
Hadis 1:40 Imam An-Nawawi..


"Eh kamu, makin alim nampak,
pakai pakaian menutup aurat dah sekarang,
cakap benda-benda agama,
dulu kamu tak macam ni."


Ya, aku berubah kini
kerana kita manusia,
bernafas dan bergerak,
bukan makhluk statis.
Aku bosan bertakung
sedang dunia lautan bergelora
birunya menyenagkan,
aku pernah terlelap. Kawanku,
mahu aku kejutkan kau?


Ya, aku berubah mulanya
kerana kasih terpaut hatiku,
pada dia Al-Fadhil itu,
aku ingin seiring
lalu kurodok perut ilmu
bukanlah aku hipokrit,
cuma inilah cara tersendiri
Tuhan sampaikan taufik-Nya.
Kawanku, mahu aku tunjukkan kau?


Ya, aku telah berubah
kerana kau pernah nampak
lorong yang terang-benderang,
hujungya sangat gemilang,
ada Allah dan RasulNya,
aku ingin menapak atasnya
biarpun berkaki ayam. Kawanku,
mahukah kau turut serta?

Tuesday, October 20, 2009

pohon maaf!

salam sejahtera!

maaf2..maaf2..tidak kuisi blog yg terhampar ini sebagai sesuatu yg bermanafaat..
lame sudah tidak menulis...
iAllah..selepas ini..blog ine akan diUPDATE dari masa ke masa...

doakanlah supaya segala urusan diberkati olehnya..
dan diberikan masa utk berkongsi apa yang termampu..

Sunday, August 23, 2009

Suatu kepastian!

salam sejahtera hendaknya...

hmm..mggu lepas EXAM PAPER TRAIL sekolah baru jer abes...
jayyid jiddan hendaknya...
moga allah berkati segala usaha yang dilakukan..
walaupon dah dekat bru nak usaha gegila2..
hehe..dah2 lupakan EXAM>>

MASUK RAMDHAN>>
tak mahu aku bercerita panjang tentang itu...
harapnya persiapkan segala kelengkapan yang ada..
moga-moga mendapat rahmat,keampunan dan perlepasan dari api neraka..

ok semua!

jadikan RAMDHAN kali ini YANG TERBAIK untuk SEMUA..
wallahualam..

Thursday, August 6, 2009

"go back again"


merpati mahu pulang,
merpati itu mahu pulang,
terbang pulang ke sarang..


hamba itu mahu bebas,
hamba itu mahu tegas,
enggan iman kepada Tuhannya ditindas..


apa ada pada rasa,
bila rasa itu dusta,
rasa itu buta,
rasa itu binasa,
bila rasa dan nafsu serupa,
penuh noda,dosa,
nostapa..


hamba itu tetap hamba,
hamba yang bebas dari noda,

hamba yang bertuhankan Yang Esa,
meskipun bak merpati terbang tak berkepak,
terbang bawa warkah kecintaan,
bimbang tidak sampai kepada tuhan,
sayapnya patah dicengkam noda di tengah jalan.


hamba itu tetap hamba.
hamba Tuhan yang perlu terbang,
terbang pulang waktu terbuang,
kerana taubat jadi peluang,
sebelum jasad di lubang.


Pulang usah ulang,
pulang ke sarang,
pulang sekarang..

(nukilan bila memilih untuk ingat itu derita)

Wednesday, August 5, 2009

hmm..sudah kena!!

salam aman.



hmmm..sudah kena nampaknya!!
virus itu sudah datang..
mengapa ia muncul...




tidak perlu disoalkan lagi..
satu dunia sudah mengetahuinya..
ahh..cuti lagilah nampaknya..




namun mesti berada dirumah selalu gayanya...
itu kata KEMENTERIAN...
benci aku!!
tidak...
ia untuk keselamatan semua...




namun,doakan ada...
mathuratkan dibaca..
megapa kene jua virus itu??




adakah ini bala' dari yang Esa??
adakah ini pentunjuk kekuasaannya...
namun..
itulah manusia...
sering diperingatkan..
tetapi sering alpa..




hmm..tempat ini..
lagilah suci bak kata "orang"
tapi,kne jua dengan virus itu...
mengapa ini??
(hehe..tidak!!H1N1 menyerang..)

Saturday, August 1, 2009

T.A.K.D.I.R

itu memang ketentuan sesebuah takdir...ahh!!!aku tidak mahu menerima nya!!!

tidak...

Engkau mahu atau tidak ia telah dinamakan TAKDIR..

bersyukurlah...

jangan lagi mahu bersedih...

usaha mesti ditingkatkan..

jangan lagi berpaling ke belakang....

TAKDIR engkau sudah tertulis...

terus melangkah...

DEMI kejayaan..

dunia dan akhirat...

"bukan aku emo berlebih disini..

namun....,

inilah dinamakan sesebuah kehidupan...

untk semua..

juga manusia...

mari kita sertakan diri untuk persiapan yang lebih rapi...

sekian.

"Moga-moga kalian faham untuk kali ini"

Friday, June 5, 2009

maaf.untuk.semua...

salam kerahmatan darinya..



kali ini santai2 je..



hmm..penoh habuk blog nie...dekat 2 bln dah x update..



moga-moga semua maseh berada di bawah naunganya dan juga cintanya...



doakan agar diri ini kuat utk tidak membazirkan ruangan yang kosong di "sini"...



jumpe lagi..ahkss...



"gunekan masa dengan sebaik2-baiknya"



Saturday, April 4, 2009

"kerana kesuma"

Terpandang wajah debar dihati,
kesuma menawan sukma.
benar itu hakikat alam
jangan terpedaya meruntun jiwa,
hanya tipu daya janji ilahi.

Rupawan di wajah adakah di hati?
Namun itulah yang menjadi nilaian.
Sedarilah duri duniawi mencalar iman,
menghancurkan thiqoh menebas hijab,
mencairkan hati tegar pada-Mu.

Sekali tersungkur usah terbenam,
bangunah mencari sinar Ilahi,
agar suara jiwa memecah hening
meminta, menagih, merintih
kembali kepada himpunan hidayahNya..

"Bisikan kerinduan oleh Sang perindu"

"ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging
yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad
dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati."
-hadis 6.40 Imam An- Nawawi

Ramai bertanya,
Akhi stress ke?"
Maka aku juga ingin bertanya
padamu hatiku:
"Dikau stress ke?"
Kerana akalku memberitahu
bahawa mindaku tak kusut,
badanku tak penat,
emosi aku tetap berombak,
maka yang tinggal hanyalah
"Wahai hati, adakah dikau stress?"
kerana bingung,
kerana rindu
apabila sudah jauh?

Ketahuilah,
roh,jasad,akal dan hati
merindui Penciptanya,
merindui kitab al-Haq,
merindui naiknya iman,
merindui amar ma`aruf
juga nahi mungkar.

Sakit abdominal tiada henti itu tandanya,
bibir yang mengeluh itu tandanya,
juga jiwa yang tidak stabil
petanda hati yang merindu.
Prihatinlah akan bisikan rindu itu
yang jauh, didekatkan semula
kepada si Dia Maha Abadi..

-ana muslim-
12.00 p.m..

Tuesday, March 17, 2009

"akal+hati"="mentafsir"


bismillah..

syukran,ke hadapan tuhan kerna maseh lagi aku hidup sampai saat ini..mana mungkin aku tahu bahawa mngkin ketika aku menulis ini allah tarik nyawa aku...mungkin itu kesudahanku...
hehe..apepon ucaplah syukur tak kira dimana pon kita berada...

sepanjang hidup aku,aku pernah berasa bosan dalam hidup ini..anda??mesti pernah..jgn tipu lah..tuhan marah yee..huh!bosan!bosan!bosan!ayat yg mesti akan ade dlm diri semua insan di dunia ini..

kenape bosan??adakah aku terlalu membuang masa??atau tak urus masa dgn betol??nak kate belaja tiap ari aku belaja,bkn hanya belaja membaca tpi aku belaja melihat,berjalan,dan aku cube mentafsirkan ape yg bermain di fikiran dan akalku..


"akal+hati"="mentafsir"...pernah dgr ayat ini..??hehe..mngkin aku saja tulis kot...sbb itu yg bermain di fikiranku..tpi,kali ini aku cube utk berkongsi dari ape yg aku rase.."akal+hati"="mentafsir"...





tiga kalimah yg mudah kalo kita fikirkan..tpi,pernah kita rasa..sebagai cth:kita memandang org sedang bermain bola sepak..cube kite gune tiga kalimah ini.."akal+hati"="mentafsir"...bgiku..bila aku melihat org sedang bermain bola akal aku akan berkata kepada siapa ia akan pass bola itu",mana bola itu akan pergi??apa kesudahan kepada permainan itu..dan ketika itu
hati aku merasai ia akan berusaha menuju kearah gol..itulah tujuan utama..

dan kali ini aku akan mentafsir..adakah bola itu akan masuk ke dalam gol atau tersasar..atau pon sikit lagi nak masuk dalam gol..itu lah perkara yg akan berlaku, aku hanya cube mentafsirkan perkara itu kita akan melihat sendiri apa kesudahnnya...hehe..itu hanya sebuah permainan yg boleh digambarkan..

tpi,cube kita bayangkan islam itu sendiri di masa sekarang ini...dgn kalimah "akal+hati"="mentafsir"..jwp itu akan kita dapt jua wahai ummat islam..
bangkitlah segera...

ada satu kata2..."tegakkanlah islam itu di hatimu,nescaya islam akan tertegak di negerimu"
"yahudi bkn kuat.tpi,mereka kuat kerana ummat islam itu lemah"
"ummat islam takkan mng selagi bilangan solat subuh mereka,
tak menyamai bilangan solat jumaat mereka"
walahualam..
(maaf tulisan agak terabur..tgh x de mood)hehe..

HOME COMING!!!


buka mata,tutup mata..
bangun dan tidur..
pejam celik-pejam celik.....

..............

hishh..home coming me...hehe...
cuti seminggu tuh...
lamenye...
harap ini bukan membuatkan aku "MATI"...

.............
(ajak aku kuar)
futsal mngkin...hehe...
okeyh..
selamat bercuti semue...
take care!!!

Friday, February 20, 2009

"untuk sebentar"

seketika itu,
aku..aku!!aku terdiam seribu bahasa,
mulutku terkunci rapat..

akalku terbentang luas,
lantas aku cuba untuk memahami keadaan sebenar..
aku cuba untuk membaca gerak-gerik apa yg berligat
di mindaku...


kenapa mesti jalan ini berliku..
qalbuku sudah kian terpaku..
namun hati..
akal..
terus bergerak laju berpusu-pusu..


kini, mulutku sudah tertutup..
mulutku diam seribu bahasa..
mungkin ini tanda senyap..
atau ini memberikan isyarat berhenti..


ahhh..aku kini hanya MEMBISU..
mengapa benda yang membelengui diri ini
maseh belom terlerai..

adakah ia hanya "UNTUK SEBENTAR"...







Thursday, February 19, 2009

"TARBIYYAH" dan "SEJARAH"

salam alyka...


[jam 12.00] mula menaip..


akhirnya,sempat jua daku mencuri masa sebentar,di kala dunia yg sebok dan ia telah menyebabkan aku jua sebok "menjalankan tugas sebagai seorang insan"...


mm..malam ini sejuk,dingin,beralun-alun sahaja angin yg berderu..
Sedikit ilham menjelma didalam akalku utk aku berbicara sebentar di "kamus aku ini"...


"TARBIYYAH" dan "SEJARAH"...


dua perkataan yg mungkin tidak akan aku pisahkan dalam hari-hari hidupku...inginku selak kembali dan mengimbau 1490 masihi yg lalu...satu abad yg lama yg telah meniggalkan satu lembaran sejarah yg mungkin tidak dapat dilupakan di mata dunia...ISLAM..ia adalah satu nama yg besar dalam sejarah dunia...generasi-generasi sahabat dahulu bersama Rasulullah berusaha berpenat lelah menaikkan dan memartabatkan nama islam itu sendiri..

sebanyak 2/3 dunia mereka berjaya takluk..hebat bukan generasi dahulu..(bangga anda mendengarnya bukan)hehe..tapi,itu dahulu punya cerita..kita bangkitkan kisah masa kini..

ISLAM itu hanya pada nama sahaja..kad i.c sahaja beragama islam,tpi diri mereka seperti bukan islam itu sendiri..


uhh..aku rindu saat dahulu kala,
saat islam itu tertegak di muka bumi allah ini..
saat kesatuan umat islam itu dirasai..

Namun pengalaman demi pengalaman yg aku lalui telah banyak menTARBIYYAHKAN diri ini..
mereka telah mendidik aku berfikir,merasai,mendalami,dan kini aku cuba menceritakan..
aku cuba mentarbiyahkan diri ini, dari masa ke masa..
aku cuba belajar sesuatu utk dirasai dan dikongsi..
mungkin pena yg aku tulis ini menjadi bukti aku BERKONGSI...
saat ini, aku berharap bahawa allah sentiasa berikan aku kekuatan yg dimana ketika aku jatuh aku bingkas utk berdiri tegak kembali...


Untuk itu aku mahu memastikan bumi ALLAH ini di tegakkan kembali..
umat ISLAM kembali bersatu berjuang berhabis-habisan..
membedil laknatullah..





"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
"Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang KHALIFAH
di muka bumi ini"
wassalam...

Saturday, January 3, 2009

"mana mau pegi"??

hira atau gombak??



mm..alhamdulillah besok akan tercetus lah segala persoalan dan jwpnye dimana destinasi penuntutan ilmuku selepas ini..hira atau gombak??ahh..tidak!!aku bisa keliru..tolongi gue dong!!!gue bisa capek..hehe..kan dah kuar bahase idon..

tolongku!!dimana destinasiku selepas ini..hira`??uhh..syg aku nak tnggalkan skolah yg penoh suci dan penoh dgn aroma yg mampu membangkitkan semangat utk teros berjuang!!

tpi,kalo gombak ape ade??hehe..belom penah aku bersekolah disana..kekwan ade yg mengajak ke gombak..dan ader jua yg mengajak ke hira`..ahh..aku keliru,pasrah,lemah dan bermacam lgi..

kalo bgi mak dan ayahku,mereka menyuruh aku bersekolah di GOMBAK!!adusss..susah laa kalo maka ngan ayah dah suruh aku skolah GOMBAK!!mana mau cri kekuatan..ha!akakku..mngkin die bisa tolong aku..

sedikit bicara ku dgn akakku...

aku:kak,alah nak skolah hira` laa taon dpan..

akak:hehe..buatlah yg terbaek..pilih yg terbaek..

aduss..jwp yg pling tidak resional penah aku dgr...ahh!!berdoa sje laa..mngkin segala ape yg berlaku ader hikmah di sebaliknye..

mmm..satu hari,makku memanggilku ke biliknya..

umi:alah,sini jap..umi ada mende nak ckaplaa..

aku:ohh2..okeyh2..jap2...

umi:ahh..alah nak skolah mane taon dpan...??

aku:mm..alah rase,alah nak hira` laa..asl umi tnye cmtuh??

umi:mm..alah skolah gombak jer laa..

aku:ehh..mm..terdiam aku seribu bahasa..

umi:ehh..diam je..nak skolah mane nie..??

aku:mm..tkpelah umi,nnti biar alah pikir dulu...

uuhh..aku berjalan kuar dri bilik mak ku..ahh!!tidak!!mcm mane nie??mane aku nak skolah??aduss..tkpelah serah jer lah pada yg ESA..

akhirnya,makku telah menetapkan bahawa aku akan BERSEKOLAH di...+=+....hehe..tgklah esok kputsannye..

"ahad"-2.00 pgi..