CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 27, 2008

tentang "AKU" dan "DIA"

begitu jauhnya kita
dijarakkan oleh beberapa zaman
dibezakan dengan jutaan perbandingan
dijauhkan oleh pelbagai dugaan
tetapi Alhamdulillah
dipertemukan melalui Al-Quran
dikenalkan dengan sunnah
dieratkan dengan pelbagai-bagai hadith
yang membuatkan aku tidak pernah sunyi
tidak pernah sepi
dan tidak mungkin dapat lari
dari mengenali dan mendalami mu.


kadangkala aku sedih
kenapa aku disini?
alangkah indahnya hidup di sini.
habis,kenapa perlu sedih?
ya aku sedih kerana aku bimbang sekali
apakah di akhir nanti hidup ku akan seindah ini?
atau mungkinkah hidupku ini terasa indah kerana aku belum berjuang?

aku dengar katanya kalau kita memperjuangkan agama
pastinya tiada yang mudah
adakah aku berjuang?


alangkah jauhnya hidup aku dan dia
hidupku juga di zaman jahiliah seperti zamannya
bezanya aku dengannya adalah
aku penuh karat-karat jahil di akalku
dia penuh buah-buah ilham dakwah di akalnya


Dia Rasulullah
terlalu jauh dibandingkan dengan diriku yang hina ini
alangkah indahnya jika dapatku lihat dirinya
alangkah megahnya islam bersama-samanya
alangkah rendah diri ini disisinya
lebih rendah lagi aku rasa disisi yang Maha Pencipta
kerana kegagalan ku membawa perjuangan idolaku
Muhammad Rasulullah..

........................
berilah harapan untukku..tpi mungkinkah?...........!

0 comments: