CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 12, 2008

"edisi ke 20..:coretan si ISTERI"


"Abang,minta izin untuk nikah seorang lagi,"


Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika.Mungkin terkedu.Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian berganjak.


Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV,setelah TV juga dipasang.Tapi, ahh bukanlah.TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?Dia menghela nafas panjang.Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin,kemudian tersenyum..


Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur.Langkahnya diatur tenang.Segelas air sejuk diteguk perlahan.


Kemudian dia ke bilik Balqis,Sumayyah,Fatimah.Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.Kini, anak-anak kian berganjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.


Penghabisnya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membantu diri. Dia amat mengenali istrinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia,Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiusahaan di pejabatnya benar-benar membuatkan dia lemah.


"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif , teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.


"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memipin Qis," masih tergiang-giang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panasnya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama istri dan anak-anak.


Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran bumi kenyalang benar-benar menjerat hatinya.


"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita itu, "lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.


"Bawa dia kesini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?' pelik benar permintaan isterinya, hendak dipengapakan buah hatinya itu?namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.


Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur.Terlalu bersyukur.Kalaulah isterinya wanita lain, alamatnya perang dunia meletuslah jawabnya.Melayanglah periuk belanga.Ehh,itu zaman dulu-ulu.Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan acid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyum daripada Aliyah.


"Apa, nak suruh Qis jumpa denagn isteri abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau." Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.


"Biar betul, apa dia nak bwat ngan Qis?"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!' terkejut Asraf Mukmin.


"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya.abang dah lama hidup dengannya. abang faham,"


Qistina mengalihkan pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.


Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.


Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia meminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.


Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama.

Membaca Al-Qur`an secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memundarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak imam Kampung Seputih. Asraf

Mukmin yang asyik berzanji. Menitiskan air matanya.



Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tidak kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.


bret bret....sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.



**********************************

Kepada:


Asraf Mukmin,


Suami yang tersayang...


Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz A4 itu dibuka perlahan-lahan.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi MAha Pengasih,


salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi,


Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukan penilaian Aliyah.


1.Dengan ukuran baju ala-ala model, ia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi abang nak menggalas dosa orang lain. Aliyah sayangkan abang...

2.Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluaga singgah di sebuah restoran western food, abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang..

3.Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi imam. Yelah, nanti dia akan jadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung...Aliyah sayangkan abang..

Abang yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahami. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat abang di Masjid Putra mengiyakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sarawak menunggu abang...Aliyah sayangkan abang..

Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adlah isteri yang hebat untuk abang...tolonglah bukakan pintu bilik ini. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai...air tangan Aliyah.
Salam sayang.

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya.Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehabat Aliyah
isterinya!!!!!


***************
P/s:hmm cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa..-coretan dimasa tua..hehe...walahualam

4 comments:

BitterSweet said...

heh, exactly opposite of me...
btw, ana Qistina...kawan kakak nta.

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

coretan di masa tua..? hahaha.. kalau ciplak ckp ciplak..

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1239

ana muslim said...

NahnuNasrullah...

nie cerita ana punye laa..dorang yg ciplak..btol!

ana muslim said...

~:~qnik91~:~...

ouh..kwan kak ana ker..??mm..jge dak fyma tuh leklok..kalo nak tempeleng muke die.bgi kuat2..hehe..hopefuly,my sister not angry..