merpati mahu pulang,
merpati itu mahu pulang,
terbang pulang ke sarang..
hamba itu mahu bebas,
hamba itu mahu tegas,
enggan iman kepada Tuhannya ditindas..
apa ada pada rasa,
bila rasa itu dusta,
rasa itu buta,
rasa itu binasa,
bila rasa dan nafsu serupa,
penuh noda,dosa,
nostapa..
hamba itu tetap hamba,
hamba yang bebas dari noda,
hamba yang bertuhankan Yang Esa,
meskipun bak merpati terbang tak berkepak,
terbang bawa warkah kecintaan,
bimbang tidak sampai kepada tuhan,
sayapnya patah dicengkam noda di tengah jalan.
hamba itu tetap hamba.
hamba Tuhan yang perlu terbang,
terbang pulang waktu terbuang,
kerana taubat jadi peluang,
sebelum jasad di lubang.
Pulang usah ulang,
pulang ke sarang,
pulang sekarang..
(nukilan bila memilih untuk ingat itu derita)
Thursday, August 6, 2009
"go back again"
Posted by ana muslim at 12:48 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment