CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 14, 2010

noktah!

salam..maaf teman semua!
baru ada rase berminat mahu "buka" blog ini.
mungkin mahu mula menyambung minat berkongsi.
bercerita,cerpen,sajak,puisi,warkah or sebagainya..

minta diberi masa.moga dapat dipermudahkan segala urusan.
NOKTAH.

Saturday, December 26, 2009

Ayuh Bangkit!!

bismillah.

Jangan pergi duhai semangat.
temani aku di perjalanan,
kuatkan rasa tenaga ku.
pulihkan segalanya.
kuatkan rasa jihadku,
pecahkan tembok kedaifanku,
runtuhkan dinding rasibku.

tidak!!!
jangan!!!
jangan!!

jangan kau hilang di balik riang, tawa dan senyumanku,
nanti aku takut hatiku ini akan mati,
patahlah semangatku,
hilanglah arahku.

tidak!!
jangan!!!
jangan!!

ayuh!!!kembalilah bangkit!!
kembalikan semula semangatmu yang pernah berkobar2 satu mase dahulu,
bakarkan diri,
usah kau pedulikan kesulitan,
usah kau takut dengan kepayahan,
bukankah itu lumrah perjalanan.

kau harus bersatu dengan segumpal tabah,
kau harus bangkit bersama dengan bebenang kesabaran,
berkorbanlah..
kerana, aku tidak pernah mahu kepada kekalahan.
aku tidak pernah kenal apa itu kekalahan

aku tidak akan sujud, tersungkur ke bumi,
kerana aku tidak pernah diajar erti mengalah,
dan aku tidak sama sekali ingin mengenali erti kekalahan itu..

Namun..

apa masih ada lagi lenggoknya esok?
andai hari ini hilang sudah irama yang aku impikan,
hilang sudah melodi ciptaanku,
uhhh...
aku tidak pasti dan tidak mungkinkan pasti..

namun apa yang aku tau ialah..
this is the time!!

ayuh bangkit!!
tidak ku ulangi kesilapanku yang lalu.
ini janji aku!

Monday, November 9, 2009

Dan bukanlah Islam itu Bersifat STATIS

"Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan
RasulNya,
maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya"
Hadis 1:40 Imam An-Nawawi..


"Eh kamu, makin alim nampak,
pakai pakaian menutup aurat dah sekarang,
cakap benda-benda agama,
dulu kamu tak macam ni."


Ya, aku berubah kini
kerana kita manusia,
bernafas dan bergerak,
bukan makhluk statis.
Aku bosan bertakung
sedang dunia lautan bergelora
birunya menyenagkan,
aku pernah terlelap. Kawanku,
mahu aku kejutkan kau?


Ya, aku berubah mulanya
kerana kasih terpaut hatiku,
pada dia Al-Fadhil itu,
aku ingin seiring
lalu kurodok perut ilmu
bukanlah aku hipokrit,
cuma inilah cara tersendiri
Tuhan sampaikan taufik-Nya.
Kawanku, mahu aku tunjukkan kau?


Ya, aku telah berubah
kerana kau pernah nampak
lorong yang terang-benderang,
hujungya sangat gemilang,
ada Allah dan RasulNya,
aku ingin menapak atasnya
biarpun berkaki ayam. Kawanku,
mahukah kau turut serta?

Tuesday, October 20, 2009

pohon maaf!

salam sejahtera!

maaf2..maaf2..tidak kuisi blog yg terhampar ini sebagai sesuatu yg bermanafaat..
lame sudah tidak menulis...
iAllah..selepas ini..blog ine akan diUPDATE dari masa ke masa...

doakanlah supaya segala urusan diberkati olehnya..
dan diberikan masa utk berkongsi apa yang termampu..

Sunday, August 23, 2009

Suatu kepastian!

salam sejahtera hendaknya...

hmm..mggu lepas EXAM PAPER TRAIL sekolah baru jer abes...
jayyid jiddan hendaknya...
moga allah berkati segala usaha yang dilakukan..
walaupon dah dekat bru nak usaha gegila2..
hehe..dah2 lupakan EXAM>>

MASUK RAMDHAN>>
tak mahu aku bercerita panjang tentang itu...
harapnya persiapkan segala kelengkapan yang ada..
moga-moga mendapat rahmat,keampunan dan perlepasan dari api neraka..

ok semua!

jadikan RAMDHAN kali ini YANG TERBAIK untuk SEMUA..
wallahualam..

Thursday, August 6, 2009

"go back again"


merpati mahu pulang,
merpati itu mahu pulang,
terbang pulang ke sarang..


hamba itu mahu bebas,
hamba itu mahu tegas,
enggan iman kepada Tuhannya ditindas..


apa ada pada rasa,
bila rasa itu dusta,
rasa itu buta,
rasa itu binasa,
bila rasa dan nafsu serupa,
penuh noda,dosa,
nostapa..


hamba itu tetap hamba,
hamba yang bebas dari noda,

hamba yang bertuhankan Yang Esa,
meskipun bak merpati terbang tak berkepak,
terbang bawa warkah kecintaan,
bimbang tidak sampai kepada tuhan,
sayapnya patah dicengkam noda di tengah jalan.


hamba itu tetap hamba.
hamba Tuhan yang perlu terbang,
terbang pulang waktu terbuang,
kerana taubat jadi peluang,
sebelum jasad di lubang.


Pulang usah ulang,
pulang ke sarang,
pulang sekarang..

(nukilan bila memilih untuk ingat itu derita)

Wednesday, August 5, 2009

hmm..sudah kena!!

salam aman.



hmmm..sudah kena nampaknya!!
virus itu sudah datang..
mengapa ia muncul...




tidak perlu disoalkan lagi..
satu dunia sudah mengetahuinya..
ahh..cuti lagilah nampaknya..




namun mesti berada dirumah selalu gayanya...
itu kata KEMENTERIAN...
benci aku!!
tidak...
ia untuk keselamatan semua...




namun,doakan ada...
mathuratkan dibaca..
megapa kene jua virus itu??




adakah ini bala' dari yang Esa??
adakah ini pentunjuk kekuasaannya...
namun..
itulah manusia...
sering diperingatkan..
tetapi sering alpa..




hmm..tempat ini..
lagilah suci bak kata "orang"
tapi,kne jua dengan virus itu...
mengapa ini??
(hehe..tidak!!H1N1 menyerang..)